Asslamualaikum Wbt, Insya Allah MTS Malaysia akan menganjurkan Kem Tahfiz Cuti Sekolah selama 10 hari pada 10- 20 Disember 2022.
Individu yang berhasrat untuk meneruskan pengajian mereka di MTS Malaysia Wajib menyertai Kem Tahfiz ini. Pelajar yang lulus ujian kemasukan ke MTS akan memulakan pengajian mereka pada 8 Januari 2023.
PROSES PERMOHONAN
- Lengkapkan borang permohonan secara online di mtsmalaysia.org.
- Sila berhubung dengan ustaz di cawangan berkenaan untuk mendapatkan maklumat lanjut.
- Mendaftar pada tarikh yang ditetapkan dan membayar yuran penyertaan.
- Calon peserta wajib membuat pembayaran deposit sebanyak RM50 untuk mengesahkan pendaftaran.
SYARAT-SYARAT KEMASUKAN KEM TAHFIZ MTS 2022
- Warganegara Malaysia.
- Berumur 12 – 15 tahun.
- Berminat untuk menghafal Al-Quran.
- Bersedia tinggal di asrama sepanjang tempoh kem.
- Bersedia ditempatkan untuk menyertai kem di mana-mana cawangan MTS.
- Sihat tubuh badan (tidak mempunyai penyakit kronik).
- Tidak Merokok (termasuk rokok elektronik).
SYARAT TAMBAHAN UNTUK MELANJUTKAN PENGAJIAN DI MTS
- Menyertai Kem Tahfiz .
- Lulus ujian kemasukan ke MTS yang akan dijalankan semasa kem Tahfiz.
- Bersedia untuk ditempatkan di mana-mana cawangan MTS mengikut kesesuaian kekosongan tempat pengajian.
- Bersedia untuk mematuhi peraturan yang ditetapkan oleh MTS, menerima tawaran pengajian, dan menandatangani surat akujanji.
Tarikh Tutup Permohonan: 5 Disember 2022
SENARAI LOKASI KEM TAHFIZ UNTUK PELAJAR LELAKI : | |
Cawangan MTS | No Telefon (Klik pada nombor untuk menghubungi) |
MTS Putera Kajang | (Ust Najmi – 013-881 4297) |
MTS Asy-Syafie, Meru | (Ust Ahmad Syafiq – 011 3998 84) |
MTS Shah Alam | (Ust Amar Suki – 014-953 1931) |
MTS Masjid Tanah | (Ust Aiman Alif – 018 266 7642) |
MTS Kuala Nerang | (Ust Ahmad Syamil – 018 970 4847) |
MTS Alor Setar | (Ust Hemleay – 019 200 7107) |
MTS Ar-Rawi, Langkawi | (Ust Hanif – 013 212 3697) |
MTS Perak | (Ust Najwan – 019 254 6839) |
MTS Batu Rakit | (Ust Akmal – 019 721 0579) |
MTS Tumpat Kelantan | (Ust Aminuddin – 019-901 0737) |
MTS Rayyaj, Tawau | (Ust Atiq – 019 949 1357) |
MTS Kota Kinabalu | (Ust Adib – 012 350 4800) |
MTS Papar | (Ust Mustafa – 013 848 0992) |
MTS Bintulu | (Ust Syakir – 013 607 9782) |
SENARAI LOKASI KEM TAHFIZ UNTUK PELAJAR PEREMPUAN : | |
MTS Terengganu Puteri | (Ust Abdurrahman – 013 293 4551) |
MTS Banting Puteri | (Ust Ramazan – 019 651 0201) |
MTS Sungai Petani | (Ust Khidir – 011 1029 3557) |
MTS Aisyah, Kota Kinabalu | (Ust Burhan – 019 620 1453) |
Salam ingin mengikuti kem pada bulan 11 dan berhajat melanjutkan pelajaran bersama mts
Waalaikumussalam puan..Untuk mendaftar puan boleh klik pada link pendaftaran yang disediakan pada portal. Terima kasih.
Assalamualaikum…
Anak sy ingin menyertai kem pd bln disember nanti di mts kuala nerang..kami dari kelantan..sbb..pilih kuala nerang..kampung halaman saya..(ibu)
waalaikum salam.
sila rujuk link pendaftaran, semak maklumat berkenaan kem tahfiz dan pengambilan pelajar baru, kemudian buat permohonan dengan memilih cawangan MTS Kuala Nerang dan berhubung dengan Contact Number ustaz kami di kuala nerang.
terima kasih
Assalamualaikum..
Maaf.. link pndaftaran d mana.. xjmpa nak klik
Pendaftaran kem tahfiz dan pengambilan pelajar baru Maahad Tahfiz Sulaimaniyyah dibuat pada portal rasmi MTS Malaysia. Semua permohonan perlu dilakukan pada link di bawah sama ada pendaftaran baru mahupun telah mendaftarkan diri sebelum ini di Link Google Form ini.
Segala Kesulitan Amat di kesali.
Link Baru Pendaftaran kem tahfiz dan pengambilan pelajar baru MTS Malaysia : https://mtsmalaysia.org/registration/pages/login.php
Bahagian Hal Ehwal Pelajar
Maahad Tahfiz Sulaimaniyyah
Malaysia